Assalamualaikum semua.
Lama rasanya tak menulis dalam blog nie. setelah kematian mak dan ayah, saya rasa hidup saya kosong sangat. keluarga adalah inspirasi hidup saya. tunang yang cukup mengerti dan memahami. sentiasa ada di sisi walau apa pun yang terjadi. saya bersyukur sangat-sangat dengan apa yang saya ada sekarang dan saya terima dan redha atas segala ujian dan dugaan hidup yang ALLAH berikan pada saya.
hidup tidak selalunya indah. bagi seorang gadis seperti saya yang kehilangan Ibu dan Ayah dalam usia yang muda, boleh la dikatakan muda juga ia teramat-amat perit sekali. bagaikan kaki yang tidak mencecah bumi melayang terus ke angkasa. itu yang saya alami suatu ketika dahulu. arwah ibu telah mencecah 3 tahun meninggalkan kami, arwah ayah belum setahun tapi terasa masih ada di sisi kerana saya sayang sangat-sangat pada mereka. masa yang berlalu terlalu menekan, kadang-kadang terfikir di benak kenapa semua ini terjadi. jawapannya mudah sahaja kerana ALLAH sayangkan mereka dan ALLAH turut menguji kita dengan mengambil mereka pergi. walau sakit rasanya namun saya tahu ada lagi insan yang lebih malang dari saya. Syukur ke hadrat Illahi masih menyayangi saya dengan menganugerahkan keluarga yang penyayang serta seorang lelaki yang bakal menghiasi hari-hari saya. Syukur teramat sangat.
Jika kita hadapi masalah janganla terus menerus menyalahkan takdir. Semua benda terjadi bersebab. Mungkin ALLAH mahukan kita dekat dengannya dan ALLAH sayangkan hambanya, sebab itu Dia uji kita. itu baru sedikit kan. Insan lain di Negara bergolak mengalami lebih dari apa yang kita alami. dugaan mereka maha hebat. lebih hebat dari apa yang kita lihat di kaca TV. mereka kehilangan ramai saudara namun masih berjuang di atas muka bumi ini, sedangkan kita serba sempurna. semua itu mengajar saya menjadi lebih kuat dan tabah. tiada apa milik kita di dunia ini. semuanya pinjaman, jangan jadi tamak dengan apa yang kita ada. hiasi dengan senyuman pasti hari kita akan jadi lebih indah.
my scrap blog
Assalamualaikum.... semoga hari-hari kita diberkati ALLAH serta sentiasa disulami rasa kasih dan sayang antara sesama manusia tanpa ada sifat dengki dan khianat, kerana sifat tersebut akan meruntuhkan ukhwah dan persaudaraan islam.
Tuesday, October 7, 2014
Monday, December 12, 2011
Cinta Duda dan Dara
Hujan renyai membasahi bumi,
Damai sekali,
Tatkala awan mendung berarak pergi,
cahaya mula menyimbah lagi.
Begitulah cinta di ibaratkan,
Datang dan pergi tanpa diundang,
Sayang hadir saat riang,
Benci hadir saat tegang.
Semakin hari semakin sayang,
Cuma ikatan belum termetrai.
Lambat lagi untuk bersama,
Ikatan sah akad nikahnya,
Tapi sudah berani keluar berdua,
Berpegang tangan itu telah biasa,
Tiada salah serta silapnya,
Hak masing-masing yang empunya,
Duduk rapat semakin erat,
Peluk cium perkara biasa,
Tiada salah untk bermanja,
Memang adat org bercinta,
Itulah kisah duda dan dara.
Tapi kita punya agama,
Batas pergaulan harus dijaga,
Pesan bonda dan ayahanda ada benarnya,
Jangan perut ke depan baru nak sedar,
Kala itu tiada berguna,
Duda entah kemana,
Menghilang jauh tiada petanda,
Malu keluarga kerana dikau tidak menjaga,
Maruah diri tergadai dek nafsu belaka,
Hancur harapan ayah dan bonda,
Kerana tidak mendidik dengan sempurna.
Waktu berganjak pergi,
Hari berganti hari,
Semakin lama baru dara mengerti,
Hidup ini tidak seindah yang di impi,
Ada masa kita harus mengerti,
Mengapa kita ditegah berbuat begitu dan bergini,
Fikir dahulu sebelum mencuba,
Kerana ada baik dan buruknya.
Bila dewasa baru aku sedari,
Cinta bukan untuk dimiliki,
Hanya cinta Illahi sesempurna cinta,
Lebih indah dari segalanya,
Kita memang di takdirkan berpasangan,
Kelak kau akan temui jua,
Bila sampai masanya.

Assalamualaikum semua...
lama dah tak menulis di laman blog nie. banyak perkara yang terjadi sepanjang tahun 2011. ada yang sedih mahupun yang gembira. cuma kadang-kadang kita tak dapat nak menduga apa yang berlaku seterusnya kerana kita terlalu asyik dengan keindahan hari ini. seperti apa yang aku alami sekarang, tahun 2011 memberi aku cerita suka dan duka. malahan kebayakkan nya adalah duka semata. aku tidak dapat mencari kegembiraan yang nyata. sepanjang tempoh tersebut kehilangan insan yang amat aku sayangi pergi untuk selama-lamanya. penat dan jenuh juga aku memikirkan kehidupan aku yang kusut ini. ada juga aku terpikir untuk berhijrah tetapi aku tidak punya keupayaan dan kekuatan untuk berhijrah. dari sudut kewangan memang aku mengalami kesukaran. kesedihan yang aku lalui sepanjang ketiadaan Mak disisi amatlah terasa. bermacam-macam agenda yang kurancang semua tak berhasil. aku jadi semakin keliru dengan ujian dan dugaan hidup. hatiku terasa kosong sekali, tiada ayat yang dapat aku gambarkan tapi kerana yakin dan percaya ALLAH sentiasa bersamaku aku bangkit semula, merangkak dan berjalan semula walau kaki ini terasa lemah dan berat sekali.
setelah hampir lapan bulan pemergian mak tersayang, aku sudah dapat menerima hakikat yang aku kini tiada ibu. namun begitu, adik beradik serta bapa sentiasa ada di sisi yang perlu di beri perhatian. malah bapa yang semakin tua, selalu sakit badan memerlukan kasih sayang yang sewajarnya. kini aku bangkit semula, membawa misi baru.. memberi kasih sayang dan mencari keredhaan Illahi. walaupun mak telah pergi selamanya, begitu juga arwah abang aku perlu bangkit semula. sepertimana kakak dan abang bangkit mencari kebahagiaan begitu juga aku. aku perlu mencari kekuatan yang telah hilang... tahun ini mungkin azamku tak tercapai tapi insyaallah tahun hadapan aku akan berusaha sebaik yang mungkin untuk mencapai apa yang telah aku rancang untuk kebahagiaan semua.
Monday, February 28, 2011
renungan untuk semua
Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor
"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"
Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Tuesday, February 22, 2011
Cinta dan kasih sayang sesama insan
Assalamualaikum,
saya bukanlah seorang yang pakar dalam perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaan, tetapi setiap manusia yang diciptakan ALLAH mempunyai perasaan cinta dan kasih sayang. perasaan yang cukup unik tidak terkesan oleh mata kasar. ia cukup indah untuk menjadikan setiap insan di muka bumi yang luas ini untuk menghargai serta menyanyangi insan disekitarnya.
walaupun kita berbeza jantina, ada lelaki mahupun perempuan tetapi kita dianugerahi satu perasaan yang dinamakan CINTA. cinta itu indah dan membuat kita lebih menghargai seseorang. cinta membuatkan seseorang mabuk kepayang, bukan mabuk minuman keras tetapi mabuk cinta. cinta sesama manusia membawa kebahagiaan tetapi cinta yang paling utama adalah CINTA kepada ALLAH, tuhan semesta alam yang akan membawa kita ke syurga abadi kekal selamanya.
adakalanya cinta juga boleh menjadi pembunuh bagi sesetengah manusia yang tidak tidak mengunakan akal untuk berfikir dan hanya menjadikan syaitan sebagai pendamping sejati. jika difahami dengan mata hati dan bukan dengan mata kasar, cinta merupakan satu perasaan kasih sayang yang membuatkan seseorang berasa bahagia, malah akan menjadikan sesebuah hubungan bertambah erat. cinta bukan untuk melukai, bukan juga untuk menhancurkan seseorang. cinta selalu salah ditafsirkan. malah sesetengah orang sanggup bergadai nyawa kerana kasih serta cinta tidak berbalas. ada juga yang sanggup melakukan sesuatu yang melanggar hukum syarak sehingga membuatkan seseorang itu tergila-gila akan nya.
bagi saya yang masih kurang ilmu di dada, cinta membawa makna yang cukup meluas sekali. merangkumi segenap perasaan yang tak dapat terjangkau oleh akal. ia akan menjadikan sesebuah perhubungan tersebut bertambah erat, ia juga akan menjadikan seseorang di hargai.
jadi gunakan akal dan mata hati sekali dalam menilai makna cinta dan kasih sayang, jangan sesekali menghancurkannya. kerana menghancurkan cinta bermakna memusnahkan sesebuah hubungan, bukan sahaja hubungan sesama manusia malah hubungan dengan Yang Maha Esa juga. jadi kekalkan kasih sayang bagi menjadikan hidup kita lebih ceria.

Subscribe to:
Posts (Atom)