Monday, December 12, 2011

Cinta Duda dan Dara

Hujan renyai membasahi bumi,
Damai sekali,
Tatkala awan mendung berarak pergi,
cahaya mula menyimbah lagi.

Begitulah cinta di ibaratkan,
Datang dan pergi tanpa diundang,
Sayang hadir saat riang,
Benci hadir saat tegang.
Semakin hari semakin sayang,
Cuma ikatan belum termetrai.

Lambat lagi untuk bersama,
Ikatan sah akad nikahnya,
Tapi sudah berani keluar berdua,
Berpegang tangan itu telah biasa,
Tiada salah serta silapnya,
Hak masing-masing yang empunya,
Duduk rapat semakin erat,
Peluk cium perkara biasa,
Tiada salah untk bermanja,
Memang adat org bercinta,
Itulah kisah duda dan dara.

Tapi kita punya agama,
Batas pergaulan harus dijaga,
Pesan bonda dan ayahanda ada benarnya,
Jangan perut ke depan baru nak sedar,
Kala itu tiada berguna,
Duda entah kemana,
Menghilang jauh tiada petanda,
Malu keluarga kerana dikau tidak menjaga,
Maruah diri tergadai dek nafsu belaka,
Hancur harapan ayah dan bonda,
Kerana tidak mendidik dengan sempurna.

Waktu berganjak pergi,
Hari berganti hari,
Semakin lama baru dara mengerti,
Hidup ini tidak seindah yang di impi,
Ada masa kita harus mengerti,
Mengapa kita ditegah berbuat begitu dan bergini,
Fikir dahulu sebelum mencuba,
Kerana ada baik dan buruknya.

Bila dewasa baru aku sedari,
Cinta bukan untuk dimiliki,
Hanya cinta Illahi sesempurna cinta,
Lebih indah dari segalanya,
Kita memang di takdirkan berpasangan,
Kelak kau akan temui jua,
Bila sampai masanya.
Assalamualaikum semua... 
lama dah tak menulis di laman blog nie. banyak perkara yang terjadi sepanjang tahun 2011. ada yang sedih mahupun yang gembira. cuma kadang-kadang kita tak dapat nak menduga apa yang berlaku seterusnya kerana kita terlalu asyik dengan keindahan hari ini. seperti apa yang aku alami sekarang, tahun 2011 memberi aku cerita suka dan duka. malahan kebayakkan nya adalah duka semata. aku tidak dapat mencari kegembiraan yang nyata. sepanjang tempoh tersebut kehilangan insan yang amat aku sayangi pergi untuk selama-lamanya. penat dan jenuh juga aku memikirkan kehidupan aku yang kusut ini. ada juga aku terpikir untuk berhijrah tetapi aku tidak punya keupayaan dan kekuatan untuk berhijrah. dari sudut kewangan memang aku mengalami kesukaran. kesedihan yang aku lalui sepanjang ketiadaan Mak disisi amatlah terasa. bermacam-macam agenda yang kurancang semua tak berhasil. aku jadi semakin keliru dengan ujian dan dugaan hidup. hatiku terasa kosong sekali, tiada ayat yang dapat aku gambarkan tapi kerana yakin dan percaya ALLAH sentiasa bersamaku aku bangkit semula, merangkak dan berjalan semula walau kaki ini terasa lemah dan berat sekali.

setelah hampir lapan bulan pemergian mak tersayang, aku sudah dapat menerima hakikat yang aku kini tiada ibu. namun begitu, adik beradik serta bapa sentiasa ada di sisi yang perlu di beri perhatian. malah bapa yang semakin tua, selalu sakit badan memerlukan kasih sayang yang sewajarnya. kini aku bangkit semula, membawa misi baru.. memberi kasih sayang dan mencari keredhaan Illahi. walaupun mak telah pergi selamanya, begitu juga arwah abang  aku perlu bangkit semula. sepertimana kakak dan abang bangkit mencari kebahagiaan begitu juga aku. aku perlu mencari kekuatan yang telah hilang... tahun ini mungkin azamku tak tercapai tapi insyaallah tahun hadapan aku akan berusaha sebaik yang mungkin untuk mencapai apa yang telah aku rancang untuk kebahagiaan semua.