Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor
"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"
Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Assalamualaikum.... semoga hari-hari kita diberkati ALLAH serta sentiasa disulami rasa kasih dan sayang antara sesama manusia tanpa ada sifat dengki dan khianat, kerana sifat tersebut akan meruntuhkan ukhwah dan persaudaraan islam.
Monday, February 28, 2011
Tuesday, February 22, 2011
Cinta dan kasih sayang sesama insan
Assalamualaikum,
saya bukanlah seorang yang pakar dalam perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaan, tetapi setiap manusia yang diciptakan ALLAH mempunyai perasaan cinta dan kasih sayang. perasaan yang cukup unik tidak terkesan oleh mata kasar. ia cukup indah untuk menjadikan setiap insan di muka bumi yang luas ini untuk menghargai serta menyanyangi insan disekitarnya.
walaupun kita berbeza jantina, ada lelaki mahupun perempuan tetapi kita dianugerahi satu perasaan yang dinamakan CINTA. cinta itu indah dan membuat kita lebih menghargai seseorang. cinta membuatkan seseorang mabuk kepayang, bukan mabuk minuman keras tetapi mabuk cinta. cinta sesama manusia membawa kebahagiaan tetapi cinta yang paling utama adalah CINTA kepada ALLAH, tuhan semesta alam yang akan membawa kita ke syurga abadi kekal selamanya.
adakalanya cinta juga boleh menjadi pembunuh bagi sesetengah manusia yang tidak tidak mengunakan akal untuk berfikir dan hanya menjadikan syaitan sebagai pendamping sejati. jika difahami dengan mata hati dan bukan dengan mata kasar, cinta merupakan satu perasaan kasih sayang yang membuatkan seseorang berasa bahagia, malah akan menjadikan sesebuah hubungan bertambah erat. cinta bukan untuk melukai, bukan juga untuk menhancurkan seseorang. cinta selalu salah ditafsirkan. malah sesetengah orang sanggup bergadai nyawa kerana kasih serta cinta tidak berbalas. ada juga yang sanggup melakukan sesuatu yang melanggar hukum syarak sehingga membuatkan seseorang itu tergila-gila akan nya.
bagi saya yang masih kurang ilmu di dada, cinta membawa makna yang cukup meluas sekali. merangkumi segenap perasaan yang tak dapat terjangkau oleh akal. ia akan menjadikan sesebuah perhubungan tersebut bertambah erat, ia juga akan menjadikan seseorang di hargai.
jadi gunakan akal dan mata hati sekali dalam menilai makna cinta dan kasih sayang, jangan sesekali menghancurkannya. kerana menghancurkan cinta bermakna memusnahkan sesebuah hubungan, bukan sahaja hubungan sesama manusia malah hubungan dengan Yang Maha Esa juga. jadi kekalkan kasih sayang bagi menjadikan hidup kita lebih ceria.

Subscribe to:
Posts (Atom)